Memahami dan menghayati kalimah syahadah
Sebagai orang yang lahir sebagai Islam, jarang sekali kita member perhatian kepada kalimah ini. Ya benar, orang yang mengucap kalimah syahadah dijamin masuk syurga. Adakah semudah itu? Adakah semua orang yang mengucapkan syahadah akan masuk syurga regardless ape yg dia buat di dunia ini? Ish, ish, ish. Silap besar tu. Kalimah ini Nampak cam simple : Tiada tuhan selain Allah, nabi Muhammad pesuruh Allah (Saya tak reti nak eja dlm arab), tp membawa maksud yang sgt besar dan bagi sesiapa yang telah melafazkan kalimah ini, ada tuntutan yang besar menanti mereka, ada komitmen yang solid perlu ditunaikan. Sebab itulah, bapak2 sedara nabi dulu cth, Abu Jahal, Abu Lahab dan lain2 tidak mahu melafazkan kalimah ini. Bukan sbb mereka tak faham, bukan mereka tidak tahu kebenaran yang dibawa oleh anak sedara mereka, tp kerana mereka sgt2 faham, terlalu faham, commitment yang harus dipikul setelah melafazkan kalimah ini. Tapi, berapa ramai antara kita yang faham kalimah syahadah sebagaimana Abu Jahal dan Abu Lahab memahaminya? Syahadah dibahagikan kepada 2 component : Kenapa 'TIADA TUHAN' dulu? Ini maksudnya penafian. Ertinya, kita perlu nafi dan buang dulu benda2 keji dan selain Allah sebelum memasukkan kebaikan. Di sinilah kalimah 'Kecuali Allah' datang sebagai penegasan atau yang perlu dimasukkan lah. Analoginya begini: Kita sebagai orang yang ingin menyewa di sesebuah rumah, mendapati rumah itu amat cantik dari luarnya. Kita pon eager la nak sewa rumah tu. Sayang seribu kali sayang, masok je bilik tido, dengan dindingnya cat hitam, langsir merah macam biji saga, mengerikan!!! Dinding2 pulak ade gamba2 porno, majalah2 lucah lagi. Kain baju semua bersepah kat lantai. Apa kita akan buat? Adakah kita yang islamik ni akan tampal je poster 'Allah' or 'Muhammad' diatas dinding yang hitam legam yang dipenuhi poster2 lucah itu? Adakah kita akan letakkan saja Al-Quran kita diatas majalah2 lucah itu? Kalau itu pilihan anda, anda cuba berjaya menambahkan keserabutan bilik itu sahaja. Ya, tentu kita akan mengambil plastic sampah yang besar, dan masukkan semua sampah sarap ke dalam plastic itu, tarik langsir merah tu dan repaint the wall. Anda Nampak persamaannya? Kita perlu buangkan dulu kepercayaan karut-marut dan khurafat itu untuk memasukkan kepercayaan kita kepada Allah Apakah kepentingan syahadah? 1,2,3,4 tu analoginye begini : Bayangkan first day kite gi rumah mentua (lebih kpd jika anda seorang wanita, lelaki pon leh jugak, tp x berapa seswai), mestila kena masuk ikut pintu depan kan? Takkan la tetiba "tak bleh2! Saya tak biasela masok kot pintu depan kena masuk pintu belakang". Jadi, nak masuk Islam, seseorang tu perlu terlebih dulu ucapkan syahadah yang merupakan kunci tuk masuk Islam, bukanla ckp 'ana muslim' ke, 'saya da masuk Islam ke' sebab itu adalah pintu belakang. Hehe. Ok, bile dah berada kat rumah mak mentua kita ni, kita akan mula mengintai2, mane mak letak gula, garam dan sebagainya supaya senang kita nak masak or buat air esok. Takyahla nak kejutkan semua orang tuk buat air, ye x? Pastu kiter kene ikut lak tabii yang berlaku dalam rumah tu, contohnya mak mentua kita memang sediakan satu ampaian pjg tuk semua orang sangkut towel die. Walaupun kat rumah kita main sangkut je kat pintu, tapi kat rumah mak mentua tak bleh la buat camtu, kang kene bebel lak. Jadi, berlakulah perubahan yang complex dan complete pd diri kita. Mungkin kita rasa ala, benda kecik2 nih pon nak berkira ke? Tp, kite tetap perlu berubah sbb rumah tu ade peraturan yang tersendiri, takleh main ikut nafsu kita jer. Sebab ape? Sebab kita nak amek hati ibu mentua kita. So,apa yang kita buat must pleased her, barulah die akan sayang kat kita. Gi mane2 pon, sebut nama kita je. Ape perasaan kita, kalau die pergi rumah anak menantu lain asik2 sebut nama kita je. Bangga kan2? Yang ke5 tu, adalah kenapa Rasulullah sanggup bersusah-payah menghadapi dugaan, tentangan dan macam2 lagi, sbb inillah asas perjuangan baginda, tuk pertegakkan kalimah tauhid di bumi ini. Baginda tak mintak pon dicanang nama nya, Cuma baginda minta kita sambung apa yang baginda perjuangkan. Mungkin apa yang saya coretkan di sini tidak cukup untuk membuat kita memahami erti kalimah syahadah itu (carilah orang yang berilmu utk mengetahui dengan lebih lanjut) -Perkongsian bersama SMN





0 iigusa:
Post a Comment