Fidie dan keluh-kesah
Sejak ditimpa sakit tempoh hari, saya rase saya banyak menangis. Tp, sayangnya bukan bangun malam, semayang lalu menangis meminta ampun dan mintak tolong supaya Allah cepatkan sembuh, tapi menangis dan berkeluh-kesah 'kenapa aku yang sakit ni? Xde org lain dah ke yang seswai, kuat dan tabah tuk dpt sakit ni?' Sayang sekali, x dapat pahala sabar. Namun, Allah yang maha penyayang telah menjelaskan dalam Al-Quran mengenai sifat2 diatas dan cara mengatasinya dalam Islam : ( إِنَّ الاِْنسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا (١٩) إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا (٢٠) وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا (٢١) إِلَّا الْمُصَلِّينَ (٢٢) الَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَاتِهِمْ دَائِمُونَ (٢٣) وَالَّذِينَ فِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ مَّعْلُومٌ (٢٤) لِّلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ (٢٥) وَالَّذِينَ يُصَدِّقُونَ بِيَوْمِ الدِّينِ (٢٦) وَالَّذِينَ هُم مِّنْ عَذَابِ رَبِّهِم مُّشْفِقُونَ (٢٧) إِنَّ عَذَابَ رَبِّهِمْ غَيْرُ مَأْمُونٍ (٢٨) وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ (٢٩) إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ (٣٠) فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ (٣١) وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ (٣٢) وَالَّذِينَ هُم بِشَهَادَاتِهِمْ قَائِمُونَ (٣٣) وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ (٣٤) أُوْلَئِكَ فِي جَنَّاتٍ مُّكْرَمُونَ (٣٥) (Al-Ma'aarij 70:19-35) Terjemahan: (19) Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir (lokek). (20) Apabila ia ditimpa kesusahan, ia berkeluh kesah. (21) Dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir. (22) Kecuali orang yang mengerjakan salat.1 (23) Yang mereka itu tetap mengerjakan salatnya. (24) Dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bahagian tertentu.2 (25) Bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mahu meminta). (26) Dan orang-orang yang mempercayai Hari Pembalasan.3 (27) Dan orang-orang yang takut terhadap azab Tuhannya.4 (28) Karena sesungguhnya azab Tuhan mereka tidak dapat orang merasa aman (dari kedatangannya). (29) Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya.5 (30) Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak-budak yang mereka miliki, sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak tercela. (31) Barangsiapa mencari yang dibalik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. (32) Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat6 (yang dipikulnya) dan janjinya. (33) Dan orang-orang yang memberikan kesaksiannya.7 (34) Dan orang-orang yang memelihara salatnya.8 (35) Mereka itu (kekal) di syurga lagi dimuliakan. Rasanya terjemahan tu cukup jelas menerangkan yang memang fitrah semulajadi manusia akan berkeluh-kesah bila ditimpa kesusahan, tak kiralah sakit ke, kehilangan harta benda ke, apa2 sahaja dan akan kedekut apabila mendapat kebaikan (Terasa sangat. Dalam nak save tuk mase depan, sampai tak bagi sedekah n so on, kadang2 terpaksa belanja mungkin sbb sakit kea tau benda2 yang sgt perlu dibeli.. T-T). Jadi, walaupun fitrahnya macam tu, bukan salah ibu mengandung, Allah bagi jugak cara tuk selesaikan masalah tu. Satunya, solat dan tetap, maknanya terjaga solat dia dari segi rukuk, sujud dan semua la, perfect, plg tak pon takla die semayang cam ayam patuk padi je, asal dok kat sejadah cukup la tu. Byk cantik muka kau.. Keduanya kita kene sedar setiap harta yang kita ada bukan milik kita. Milik kita ialah apabila kita bagi pada orang lain. Tp, bukanlah kite pegi shopping byk2, kan duit tu bagi kat tuan kedai, tu kepala hot namanya. Nih adalah yang kita bagi pada orang miskin yang memerlukan, tak kira la die mintak ke tidak. Kita kadang2 suka buat kesimpulan sendiri, dah tau kawan tu ditimpa kesusahan, tp ala die tak mintak tolong pon, xyahla. Ketiganya, orang yang percaya percaya adanya Hari Pembalasan, takut pada azab Tuhan yang confirm lebih teruk daripada sakit yang dihadapi sekarang. Keempat, orang yang menjaga diri tuk spousenya la. Takyahla hurai pjg2.. hehe Kelima, perlu jaga janji dan amanah yang orang bagi. Dan bila jadi saksi, jadi saksi yang betul dan jujur. Ingatlah, surah Ibrahim: 7-Sesungguhnya jika kamu bersyukur, akan ku tambahkan nikmat kepadamu dan jika kamu kufur, maka sesungguhnya azabku sangat pedih… Jadilah kita orang yang bersyukur, kerana setiap ujian ada hikmahnya.
سورة
المعارج
)





0 iigusa:
Post a Comment