Atas Nama Persahabatan
Zack. Lelaki yang pernah bertakhta di hatiku. Kisah lama. Kata Zack, dia hanya seorang sahabat. Namun, aku bukan sahabat. Aku tidak ingin menjadi sahabat Zack. Aku ingin melupakan Zack. Aku ingin melupakan setiap waktu-waktu kami. Tiada guna mengingati Zack andainya aku ini usahkan hendak melintas di fikirannya, hulur kaki pon tidak. Atas nama persahabatan, butang call kutekan. Nama Zack.
Bukan salah aku tidak sudi berkawan dengan Zack lagi, semuanya berpunca daripada Zack. Seawal perkenalan kami, aku sudah mengetahui Zack mempunyai insan istimewa di hatinya, dan orang itu absolutely not me. Aku tidak pernah bermimpi pun untuk meluahkan perasaanku pada Zack, apatah lagi mengharap dia jatuh cinta padaku. Biarlah aku berpura-pura sendirian asalkan hubungan aku dengan Zack baik-baik saja. Jika Zack tidak tahu, tidaklah aku berasa segan untuk membuat lawak bodoh termasuklah kenyataan seolah-olah aku menyukainya kerana kami kan kawan biasa, lagipun tiada apa-apa akan berlaku antara kami.
Suatu hari, Zack telah bertanya soalan yang memaksa aku memecahkan rahsia yang kemas tersimpan di dada. “Awak suka saya?” Apa lagi yang aku harapkan? Apa tujuan Zack bertanya? Adakah dia juga mempunyai perasaan yang sama? Seperti gunung berapi yang memuntahkan lavanya, dengan ghairah dan tanpa berselindung, segala isi hatiku terluah kepada Zack. Namun, Zack buat acuhl tak acuh, seolah-olah aku sedang menyertai program Raja Lawak, seolah-olah apa yang telah kuucapkan tidak bermakna apa-apa baginya. Pilu, menambahkan bengang dan hampa perasaan ini.
Sampai kini, aku masih tidak faham apakah ertinya soalan Zack itu. Kenapa dia perlu tahu apa perasaanku padanya andai dia tidak ingin berbuat apa-apa, for the sake of knowing. Bagaimana dengan aku yang telah terlanjur bicara? Malu bukan kepalang aku, sedangkan Zack berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku, seolah-olah aku hanya bermimpi meluahkan perasaanku. Aku malu, bengang, tidak ingin bertemu Zack lagi. Atas nama persahabatan, dan kerana Zack juga tetap bersikap seperti sebelum peristiwa itu berlaku, maka aku juga cuba berlagak seperti itu hanyalah mimpi ngeri.
Never gonna be the same again. Aku berasa sangat janggal berdepan dengan Zack. Jika aku meneruskan perangai biasaku, risau dikatakan cuba menggoda. Aku menjadi kurang bercakap berada disamping Zack, tidak seperti sebelumnya. Setiap kali bertemu, ingin sahaja ku potong masa supaya bergerak lebih laju. Aku memang tak ingin bertemu Zack lagi walau hatiku sebenarnya nak.
Setelah tamat pengajian, kami terpisah jauh. Ke mana Zack pergi pun aku tak tahu. Aku berjanji pada diri sendiri untuk terus melupakan Zack dan tidak menghubunginya lagi. Atas nama persahabatan, butang call kutekan. Nama Zack, dengan harapan aku mampu menjadi seorang sahabat untuknya. Nampaknya semua dah berubah, perbualan kami hambar. Seperti baru berkenalan, panggilan itu hanya mampu bertahan selama 1 minit 46 saat, mungkin 1 minit tu a minute of silent.
Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk tidak menghubungi Zack lagi. aku tidak memerlukan dia, kenapa aku yang kene hubungi dia? Begitula ego aku berkata. Selama beberapa tahun, aku tidak mendengar berita dari Zack, sehinggalah rindu kepadanya menjemput aku ke restoran kegemaran kami. Restoran itu tidak berubah, mengimbau kembali kenangan aku bersama Zack. Sengaja ku pilih meja yang sering kami duduk dulu. Sumpah, aku sangat rindukan Zack.
“Ala, meja tu dah ada orang duduk” aku tertangkap suara seorang wanita, tapi macam pelik je suara dia. Aku berpaling. Macam pernah kulihat wanita itu, tapi di mana ya? Wajahnya memang cantik, tapi sangat kukenal dia. Bila saja ternampak aku, terus dia menarik tangan lelakinya menuju ke meja lain dan cuba melindungkan wajahnya.
Wanita itu duduk membelakangkanku, tapi aku tetap memerhatikannya dari jauh. Aku yakin, aku pernah nampak wajahnya. Tiba-tiba wanita itu bangun untuk ke bilik air, aku tidak melepaskan peluang untuk memastikan aku benar-benar mengenalinya.
“Kita pernah jumpa ke?” Soalku dihadapan cermin bilik air restoran itu.
“Tak!” Jawabnya seperti yakin, tapi diwajahnya ada keresahan yang tidak dapat disembunyikan.
Masih ragu, aku mendail satu nombor di telefonku. Kedengaran nada dering dari beg tangan wanita itu. Tak lain tak bukan, nombor yang aku dail ialah nombor telefon Zack. Atas nama persahabatan, aku rasa nak pengsan kat situ jugak. Sekian
---Separuh daripada cerita ini adalah bohong. Separuh lagi, bergantung kepada tukang ceritanya. Kalau benar cerita dia, benarlah cerita saya. Tapi muka orang tu cam muka pecah amanah je. Kesimpulannya, cerita ni mungkin tak betul satu sen pon.. haha





4 iigusa:
hahaha hak tuih.
saspen jugak cite ni sebenarnya.
Wow, tak sangka, ada bakat jadi penulis la ni? So, berapa markah buleh beri?
ade bakat jadi pengarah filem skali. huhu. sedey lak aku bace citer ni. haih, kdg2 hidup ini tidak seindah yg disangka. ape yg kite inginkan seringkali terlepas dr dakapan. tp percayalah, semuanye ade hikmah.
ps: duit da masuk, jom shopping utk hilangkan resah di hati :)
Fuyo, pengarah filem tak tahan... nanti leh amek nikita jadi heroin. kalau filem tak best, nikita complaint, buleh saman 2 juta.. haha
p/s:tak sempat beb, jha muncul malam2 ja.. wa kene tunggu sampai malam maaaa
Post a Comment