Orang Yang Baik
Mase cuti seminggu hari tu, kerja saya ialah menonton tv sahaja and of course with my adik bongsu yang da tua bangka tapi perangai macam budak2 hensem itu.
Cerita kegemaran beliau, tentulah Kamen Rider Decade. Dalam citer tu Decade adalah kamen rider yang akan memusnahkan bumi. Beliau mengembara mencari dunianya sendiri. Dalam pengembaraan itu, beliau berjumpa dengan Kamen Rider2 lain dan menyelesaikan masalah mereka.
Sepatutnya setiap Kamen Rider mempunyai dunia sendiri, tapi dalam satu episode, penjahat telah menggabungkan dunia Kamen Rider Blade dan Kamen Rider Kiva. Blade dan Kiva mempunyai penjahatnya sendiri, dan penjahat yang menggabungkan dunia mereka ialah penjahat dunia Decade yang juga tidak mempunyai dunia sendiri (rasenye la).
Disebabkan hanya satu Kamen Rider sahaja boleh wujud dalam satu dunia, maka Blade dan Kiva telah bercakaran sesama sendiri, termasuklah penjahat mereka. Kamen Riders yang lain terpaksa memilih sama ada mereka ingin menyokong Blade atau Kiva.
Lain pula dengan Decade yang ingin menyatukan mereka semula, x berbaloi-baloi bergaduh sesama sendiri. Masalahnya jika ade Kamen Rider yang menyokong Decade, mereka akan lenyap dari dunia mereka. Akhirnya decade tetap berkeras untuk menentang penjahat yang menyebabkan kekecohan itu, lalu disokong oleh Blade dan Kiva kerana tidak berbaloi mereka bergaduh sesama sendiri.
Rupanya, orang-orang baik sangat senang dimanipulate oleh orang jahat. Di mana-mana sahaja, orang baik akan berbalah untuk merebut sesuatu atau menunjukkan diri mereka hebat sekaligus memberi keuntungan kepada orang yang jahat. Kenapa perkara begini perlu berlaku kepada orang yang baik?
Kamek sik tau...
Yang kamek tau, lepas tengok citer tu kamek asik sebut Kkkkkkkkivaaaa.... sebab mase nak bertukar tu Kiva akan sebut cantu...
![]() |
| Gambar Kamen Rider Decade dan kawan2 nya yang buruk |






0 iigusa:
Post a Comment