Sunday, March 28, 2010

Pentamak


Gara2 gila harta, seorang lelaki tergamak membelasah bapanya sendiri dengan kayu. Malah anak derhaka itu sanggup mengacah mahu melanggar bapanya dengan lori hingga warga emas itu hampir pengsan akibat keletihan ketika melarikan diri, dua minggu lalu.
Mula2 baca mmg la rase nak marah kat anaknya kan? Ade ke sebab harta sampai nak bunuh2 bapak. Kan free2 je dapat label ‘gila harta’ dan ‘anak derhaka’
Busuknya hati seorang lelaki apabila tergamak memukul bapanya sendiri dengan sebatang kayu kerana tidak puas hati gara2 namanya tidak disenaraikan dalam pembahagian tanah keluarga itu sejak dua tahun lalu. Mangsa, ****** (padahal ade je nama pak cik ni dalam paper) tidak menduga anak sulungnya yang tamak harta itu akan berkelakuan seperti binatang selepas dia meletakkan nama anak lain dalam senarai pembahagian tanahnya.
Mangsa tak perasan ke dia silap cakap? Die tak bagi harta kat anak die, tp kata anak die tamak plak. Bukan ke tamak itu nak banyak, tak cukup ngan ape orang bagi, bagi betis nak paha, bagi paha nak apa lagi? Tapi sekarang ni die tak bagi harta pon kat anak die tu, apa yang tamaknya? Pening kepala guwe…
Amboi, menarik lak minah ni kritik2 orang. Sebenarnya sidang pembaca, pak cik tu cakap anak die memang tamak harta, malahan cucu dia pon komen yang sama, sebab tuh la dari awal lagi pak cik tanak bagi harta kat anak die. Bukannye sebab peristiwa tu pak cik kate anak die tamak. Apparaaa.. sesuka hati je copy paste part yang die suke, yang tak suka tinggalkan plak.
Sebut pasal harta ni, susahkan? Keluarga sendiri pon boleh berpecah-belah. Sebelum diwariskan harta tu, elok je hubungan adik-beradik. Bila ada yang tak puas hati je, trus berperang sesame sendiri. Mintak2 la adik-beradik saya tak bergaduh berebut harta mak bapak saye nanti. Eh, apa je harta yang diorang ade nak bagi? Betul, saya bukan nak kutuk ayah saya tak berharta, tp beliau pernah berpesan supaya saya dan adik-beradik belajar rajin2, ayah takde harta nak bagi,ilmu je lah harta yang tak ternilai harganya. So, takyahla berebut2 harta pusaka, dah dpt pon pu-sakanya… hahahha

2 iigusa:

Si Jelita

kak fyd memang sengaja repeat 2x kali ke citer ni....kotnye pun suka sangat dapat pu-sakanya...hehe...

FiDieYaaa

bukan laa. ore pon tak perasan.. patutla panjang sgt jadinyo.. hahaha

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008