Tuesday, March 30, 2010

Kerana Sebentuk Cincin

Kesian ade, nak gelak pon ade bila ada sorang patient datang A&E sbb jarinya bengkak cincin takleh cabut. Habis segala alat pemotong besi digunakan tadi. Siap bomba yang tolong bukak, memang kesian la abang tu td.

Alkisahnya abang ni memang minat ngan cincin2 ni. Cincin steal steel tu memang dah lama nya pakai, tapi biasenye pakai jari lain, tapi tetibe nak tukar ke jari telunjuk dan cincin tu mmg ketat pon, so dia pakai separuh je. Tp malam tu die ankat barang berat, terlanggar canne tah, trus cincin tu masuk habis. So takleh ditanggalkan, sampai bengkak2 blister jari die.

So, I think i made it clear. Nanti tunang ke, kawin ke orang  yang berkenaan takyahla bagi cincin kat saya. Seram nak pakai cincin, kalau bagi pon saya takkan pakai,simpan ja. So, baikla bagi benda lain, gelang ke, rantai ke, besau sikit... heheh

Monday, March 29, 2010

Atas Nama Persahabatan

Zack. Lelaki yang pernah bertakhta di hatiku. Kisah lama. Kata Zack, dia hanya seorang sahabat. Namun, aku bukan sahabat. Aku tidak ingin menjadi sahabat Zack. Aku ingin melupakan Zack. Aku ingin melupakan setiap waktu-waktu kami. Tiada guna mengingati Zack andainya aku ini usahkan hendak melintas di fikirannya, hulur kaki pon tidak. Atas nama persahabatan, butang call kutekan. Nama Zack.

Bukan salah aku tidak sudi berkawan dengan Zack lagi, semuanya berpunca daripada Zack. Seawal perkenalan kami, aku sudah mengetahui Zack mempunyai insan istimewa di hatinya, dan orang itu absolutely not me. Aku tidak pernah bermimpi pun untuk meluahkan perasaanku pada Zack, apatah lagi mengharap dia jatuh cinta padaku. Biarlah aku berpura-pura sendirian asalkan hubungan aku dengan Zack baik-baik saja. Jika Zack tidak tahu, tidaklah aku berasa segan untuk membuat lawak bodoh termasuklah kenyataan seolah-olah aku menyukainya kerana kami kan kawan biasa, lagipun tiada apa-apa akan berlaku antara kami.

Suatu hari, Zack telah bertanya soalan yang memaksa aku memecahkan rahsia yang kemas tersimpan di dada. “Awak suka saya?” Apa lagi yang aku harapkan? Apa tujuan Zack bertanya? Adakah dia juga mempunyai perasaan yang sama? Seperti gunung berapi yang memuntahkan lavanya, dengan ghairah dan tanpa berselindung, segala isi hatiku terluah kepada Zack. Namun, Zack buat acuhl tak acuh, seolah-olah aku sedang menyertai program Raja Lawak, seolah-olah apa yang telah kuucapkan tidak bermakna apa-apa baginya. Pilu, menambahkan bengang dan hampa perasaan ini.

Sampai kini, aku masih tidak faham apakah ertinya soalan Zack itu. Kenapa dia perlu tahu apa perasaanku padanya andai dia tidak ingin berbuat apa-apa, for the sake of knowing. Bagaimana dengan aku yang telah terlanjur bicara? Malu bukan kepalang aku, sedangkan Zack berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku, seolah-olah aku hanya bermimpi meluahkan perasaanku. Aku malu, bengang, tidak ingin bertemu Zack lagi. Atas nama persahabatan, dan kerana Zack juga tetap bersikap seperti sebelum peristiwa itu berlaku, maka aku juga cuba berlagak seperti itu hanyalah mimpi ngeri.

Never gonna be the same again. Aku berasa sangat janggal berdepan dengan Zack. Jika aku meneruskan perangai biasaku, risau dikatakan cuba menggoda. Aku menjadi kurang bercakap berada disamping Zack, tidak seperti sebelumnya. Setiap kali bertemu, ingin sahaja ku potong masa supaya bergerak lebih laju. Aku memang tak ingin bertemu Zack lagi walau hatiku sebenarnya nak.

Setelah tamat pengajian, kami terpisah jauh. Ke mana Zack pergi pun aku tak tahu. Aku berjanji pada diri sendiri untuk terus melupakan Zack dan tidak menghubunginya lagi. Atas nama persahabatan, butang call kutekan. Nama Zack, dengan harapan aku mampu menjadi seorang sahabat untuknya. Nampaknya semua dah berubah, perbualan kami hambar. Seperti baru berkenalan, panggilan itu hanya mampu bertahan selama 1 minit 46 saat, mungkin 1 minit tu a minute of silent.

Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk tidak menghubungi Zack lagi. aku tidak memerlukan dia, kenapa aku yang kene hubungi dia? Begitula ego aku berkata. Selama beberapa tahun, aku tidak mendengar berita dari Zack, sehinggalah rindu kepadanya menjemput aku ke restoran kegemaran kami. Restoran itu tidak berubah, mengimbau kembali kenangan aku bersama Zack. Sengaja ku pilih meja yang sering kami duduk dulu. Sumpah, aku sangat rindukan Zack.

“Ala, meja tu dah ada orang duduk” aku tertangkap suara seorang wanita, tapi macam pelik je suara dia. Aku berpaling. Macam pernah kulihat wanita itu, tapi di mana ya? Wajahnya memang cantik, tapi sangat kukenal dia. Bila saja ternampak aku, terus dia menarik tangan lelakinya menuju ke meja lain dan cuba melindungkan wajahnya.

Wanita itu duduk membelakangkanku, tapi aku tetap memerhatikannya dari jauh. Aku yakin, aku pernah nampak wajahnya. Tiba-tiba wanita itu bangun untuk ke bilik air, aku tidak melepaskan peluang untuk memastikan aku benar-benar mengenalinya.

“Kita pernah jumpa ke?” Soalku dihadapan cermin bilik air restoran itu.

“Tak!” Jawabnya seperti yakin, tapi diwajahnya ada keresahan yang tidak dapat disembunyikan.

Masih ragu, aku mendail satu nombor di telefonku. Kedengaran nada dering dari beg tangan wanita itu. Tak lain tak bukan, nombor yang aku dail ialah nombor telefon Zack. Atas nama persahabatan, aku rasa nak pengsan kat situ jugak. Sekian

---Separuh daripada cerita ini adalah bohong. Separuh lagi, bergantung kepada tukang ceritanya. Kalau benar cerita dia, benarlah cerita saya. Tapi muka orang tu cam muka pecah amanah je. Kesimpulannya, cerita ni mungkin tak betul satu sen pon.. haha

Orang Yang Baik

Mase cuti seminggu hari tu, kerja saya ialah menonton tv sahaja and of course with my adik bongsu yang da tua bangka tapi perangai macam budak2  hensem itu.

Cerita kegemaran beliau, tentulah Kamen Rider Decade. Dalam citer tu Decade adalah kamen rider yang akan memusnahkan bumi. Beliau mengembara mencari dunianya sendiri. Dalam pengembaraan itu, beliau berjumpa dengan Kamen Rider2 lain dan menyelesaikan masalah mereka.

Sepatutnya setiap Kamen Rider mempunyai dunia sendiri, tapi dalam satu episode, penjahat telah menggabungkan dunia Kamen Rider Blade dan Kamen Rider Kiva. Blade dan Kiva mempunyai penjahatnya sendiri, dan penjahat yang menggabungkan dunia mereka ialah penjahat dunia Decade yang juga tidak mempunyai dunia sendiri (rasenye la).

Disebabkan hanya satu Kamen Rider sahaja boleh wujud dalam satu dunia, maka Blade dan Kiva telah bercakaran sesama sendiri, termasuklah penjahat mereka. Kamen Riders yang lain terpaksa memilih sama ada mereka ingin menyokong Blade atau Kiva.

Lain pula dengan Decade yang ingin menyatukan mereka semula, x berbaloi-baloi bergaduh sesama sendiri. Masalahnya jika ade Kamen Rider yang menyokong Decade, mereka akan lenyap dari dunia mereka. Akhirnya decade tetap berkeras untuk menentang penjahat yang menyebabkan kekecohan itu, lalu disokong oleh Blade dan Kiva kerana tidak berbaloi mereka bergaduh sesama sendiri.

Rupanya, orang-orang baik sangat senang dimanipulate oleh orang jahat. Di mana-mana sahaja, orang baik akan berbalah untuk merebut sesuatu atau menunjukkan diri mereka hebat sekaligus memberi keuntungan kepada orang yang jahat. Kenapa perkara begini perlu berlaku kepada orang yang baik?
Kamek sik tau...

Yang kamek tau, lepas tengok citer tu kamek asik sebut Kkkkkkkkivaaaa.... sebab mase nak bertukar tu Kiva akan sebut cantu...

Gambar Kamen Rider Decade dan kawan2 nya yang buruk

Sunday, March 28, 2010

Pentamak


Gara2 gila harta, seorang lelaki tergamak membelasah bapanya sendiri dengan kayu. Malah anak derhaka itu sanggup mengacah mahu melanggar bapanya dengan lori hingga warga emas itu hampir pengsan akibat keletihan ketika melarikan diri, dua minggu lalu.
Mula2 baca mmg la rase nak marah kat anaknya kan? Ade ke sebab harta sampai nak bunuh2 bapak. Kan free2 je dapat label ‘gila harta’ dan ‘anak derhaka’
Busuknya hati seorang lelaki apabila tergamak memukul bapanya sendiri dengan sebatang kayu kerana tidak puas hati gara2 namanya tidak disenaraikan dalam pembahagian tanah keluarga itu sejak dua tahun lalu. Mangsa, ****** (padahal ade je nama pak cik ni dalam paper) tidak menduga anak sulungnya yang tamak harta itu akan berkelakuan seperti binatang selepas dia meletakkan nama anak lain dalam senarai pembahagian tanahnya.
Mangsa tak perasan ke dia silap cakap? Die tak bagi harta kat anak die, tp kata anak die tamak plak. Bukan ke tamak itu nak banyak, tak cukup ngan ape orang bagi, bagi betis nak paha, bagi paha nak apa lagi? Tapi sekarang ni die tak bagi harta pon kat anak die tu, apa yang tamaknya? Pening kepala guwe…
Amboi, menarik lak minah ni kritik2 orang. Sebenarnya sidang pembaca, pak cik tu cakap anak die memang tamak harta, malahan cucu dia pon komen yang sama, sebab tuh la dari awal lagi pak cik tanak bagi harta kat anak die. Bukannye sebab peristiwa tu pak cik kate anak die tamak. Apparaaa.. sesuka hati je copy paste part yang die suke, yang tak suka tinggalkan plak.
Sebut pasal harta ni, susahkan? Keluarga sendiri pon boleh berpecah-belah. Sebelum diwariskan harta tu, elok je hubungan adik-beradik. Bila ada yang tak puas hati je, trus berperang sesame sendiri. Mintak2 la adik-beradik saya tak bergaduh berebut harta mak bapak saye nanti. Eh, apa je harta yang diorang ade nak bagi? Betul, saya bukan nak kutuk ayah saya tak berharta, tp beliau pernah berpesan supaya saya dan adik-beradik belajar rajin2, ayah takde harta nak bagi,ilmu je lah harta yang tak ternilai harganya. So, takyahla berebut2 harta pusaka, dah dpt pon pu-sakanya… hahahha

Monday, March 22, 2010

Belated Good Luck

OMG!!!!! How do i forget today my yang having exam..? Lupe nak wish good luck. Yang, sorry did'nt mean to. OK la kan, I wish U good luck now..

ALL THE BEST TO MY YANG N rakan2 yang amek P2S1.. Don't worry, don't panic, and keep study...

I know why, mesti sbb my mind was preoccupied by this one thing, which I'm learning to forget now. I hope time will heal, better hope so cos some things in this world just cannot happen.

Got carried away with Dina's wedding.. comeylnyer.. semua org pon puji Dina, sgt cantik hari tu. Sebab Dina is a simple girl. Bile kawin, fuyo mengalahkan model..
Bercita2 nak kawin jugak, heheh.. tak, lama lagi.... calon tu memang dah ade, tp die blum tau lagi.... ahakss.. tak tau camne nak habaq kat dia.. haha

Ape pon, I'm waiting for the good news from My Yang... I'm not there, but my spirit is with you. Maybe U're the reason i survive...

I am very sure, Dina tengah happy sekarang walaupun cakap takde perasaan apa, but I was so happy to see the way she ate during her day. Tak penah I nampak bride bernafsu setinggi itu makan begitu mo...haha

My Yang pon, mesti tengah happy sbb I'm sure die boleh jawab dengan jayanya..

I realised I ada one favorite mistake, and I think I'm on my way on doing this mistake again.. hahahah

Wednesday, March 17, 2010

Tiada lagi cerita kita

Saya nak keluar ni.
Nak gi beli hadiah tuk bes fren saya.
Tak lama lagi dia akan tinggalkan saya.
Walaupun sebelum ni saya yang tinggalkan dia.
Masa tu, saya tak fikir pon apa dia rasa.
Tapi sekarang, saya mmg jeles bila dia akan tinggalkan saya,
sbb lepas ni takkan ade cerita kami lagi.
Saya memang pernah menyampah pada die,
saya rasa dia lagi suka sendiri,
dia tak faham perasaan saya,
tp most of the time kami memang sekepala.
Bila kami bersama, saya rasa selesa.
Banyak benda kami fikir sama,
kebanyakan minat kami adalah sama,
walaupun kami memang very different.
Walaupun saya dah tinggalkan dia,
die sentiasa tahu bila saya perlukan seseorang,
die akan datang pada saya,
kerana dia juga memerlukan seseorang ketika itu.
Saya memang mengalami masalah kewangan sekarang,
tp saya tak sabar tuk menggembirakan dia,
kerana dia yang inginkan hadiah ini.
Kerana dia, saya sanggup balik kampung jalan kaki.
Dia memang tak pernah cakap yang dia sayang saya,
tapi saya tahu dia memang sayangkan saya.
At least, so far.
Saya tetap akan sayangkan dia,
walaupun kami takkan macam dulu.

Kami

Saturday, March 13, 2010

Stronger Than U Kno

Suasana sedih menyelubungi halaman rumah Haji Yahya ( bukan nama sebenar). Usai peperangan itu, semua dataran pahlawan pulang dengan selamatnya tp Haji Yahya tidak. Bukan seperti orang lain, terluka dia lantaran pedang yang tajam.

Seperti turut berasa kepedihan itu, air mata pahlawan2 gugur, sayu, marah, masih menafikan kenyataan. I kno the feeling. Haji Yahya apatah lagi. Untung Haji Yahya, pahlawan2 masih bersamanya sehingga Haji Yahya berlaku.

Saya percaya Haji Yahya lebih kuat dari itu, lebih kuat daripada waktu dia berperang dulu. Jangan risau pahlawan2, Haji Yahya pasti akan bangkit semula, bila dia sembuh dari luka.

Kalah dan menang adat bertanding. Jatuh dan naik adat kehidupan. Awan akan mendung,hujan akan turun, kemudian terbitlah pelangi yang indah dan kembalilah cahaya matahari. Semua ini hanya untuk sementara.
Haji Yahya takkan sendiri, percayalah pahlawan masih bersama Haji Yahya. Kalau bukan pahlawan sekarang pon, pahlawan lain akan mengganti.

Hidup adalah untuk berjuang. Go Go Haji Yahya


Keringkan lah air mata

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008